RADAS YANG BIASA DIGUNAKAN DI DALAM MAKMAL
Radas1.Tabung uji/tabung didih:Untuk mengisikan atau mamanaskan
bahan kimia dalam kuantiti yang kecil.
2.Takung kaca :Untuk mengisi air,biasanya bagi tujuan
mengumpulkan gas.
3.Bikar/kelalang kon :Untuk mengisi cacair atau bahan kimia
kelalang dasar leper. pepejal dalam kuantiti yang besar.
4.Serkup kaca :Untuk manghasilkan keadaan vakum /
mengumpul sati isipadu udara.
5.Balang gas :Untuk mangumpulkan gas.
6.Kaki retort :untuk memegang atau menyokong
sesuatu radas.
7.Tungku kaki tiga :Untuk menyokong radas semasa
pemanasan.
8.Kasa dawai :Untuk menyebarkan haba dengan sekata
semasa pemanasan.
9.Kelalang dasar bulat :Untuk penyediaan gas yang melibatkan
proses pemanasan.
10.Silinder penyukat :Untuk menyukat isipadu cecair.
11.Buret :Untuk menyukat isipadu cacair dengan
tepat.
12.Pipet :Untuk menyukat isipadu cecair yang
tetap.
13.Corong turas :Untuk menuras atau menapis pepejal
yang tidak larut daripada cecair
dengan bantuan kertas turas.
14.Mangkuk pijar :Untuk mengisi bahan kimia pepejal
semasa pemanasan yang kuat.
15.Piring sejat :Untuk tujuan penyejatan.
16.Penunu bunsen :Untuk membekalkan api bagi
pemanasan.